Monday, October 18, 2010

SURAU AL AMIN - TAMAN SETAPAK INDAH, KL.

MUKA HADAPAN

Tajuk
Kegiatan surau atau masjid kariah anda dalam pendidikan islam terhadap anak kariah

Disediakan oleh
Siti nur nadiah bt. Zolkafli
2010238692

Kumpulan
ACD1DA

Disediakan untuk
Ustaz abdul aziz bin harjin
Pensyarah CTU101

Program
Diploma perakaunan (AC110)

Tarikh serah
 19 Oktober 2010




ISI KANDUNGAN

Tajuk
Kegiatan surau atau masjid kariah anda dalam pendidikan islam terhadap anak kariah

1.       Isi kandungan
2.       Abstrak
3.       Pendahuluan
4.       Pembinaan
5.       Carta Organisasi
6.       Kemudahan
7.       Aktiviti
8.       Masalah
9.       Cadangan
10.   Komen
11.   Penutup
12.   Rujukan




ABSTRAK

Kerja khusus ini merupakan kajian tentang kegiatan surau atau masjid kariah saya dalam pendidikan islam terhadap anak kariah. Masjid dan surau dibina adalah bertujuan untuk menggalakkan umat islam menunaikan solat dan ibadah-ibadah lain. Esei ini dikarang adalah untuk mendalami segala aktiviti yang dijalankan di surau al-amin iaitu surau yang terletak di kariah saya. Informasi yang lebih mendalam tentang surau ini telah pun dikaji. Pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM200,000. Surau ini juga dinaung oleh Dato’ haji ahmad tauzan binti abdul ghani, dipengerusikan Mejar (B) haji ismail bin abd hadi dan juga mempunyai 3 imam, 3 bilal, seorang setiausaha dan bendahari, ketua-ketua lorong dan juga ahli jawatankuasa yang lain. Mempunyai pelbagai kemudahan serta menjalankan pelbagai aktiviti terutama sekali dalam bidang pendidikan untuk anak-anak kariah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di surau al-amin ini sangat menggalakkan para penduduk kariah untuk mendalami ilmu agama. Aktivit-aktivitinya juga memberi peluang kepada semua penduduk sama ada kanak-kanak, orang dewasa mahupun warga emas untuk mempelajari ilmu agama.




PENDAHULUAN

Seluruh umat islam diwajibkan menurut segala perintah Allah swt dan menjauhi segala laranganNya. Perintah Allah swt ada yang sunat dan ada yang wajib. Salah satu amalan yang wajib dilakukan ialah menunaikan solat. Masjid dan surau dibina adalah bertujuan untuk menggalakkan umat islam menunaikan solat dan ibadah-ibadah lain. Esei ini dikarang adalah untuk mendalami segala aktiviti yang dijalankan di surau al-amin iaitu surau yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Surau ini bukan sahaja menjalankan ibadah-ibadah fardhu ain malah merangkumi segala ibadah fardhu kifayah juga.




PEMBINAAN
Surau al-amin yang terletak di danau kota, kuala lumpur ini dibina pada tahun 2003. Kos pembinaan surau ini berjumlah RM200,000 yang telah disumbangkan oleh persatuan taman perumahan setapak indah dan surau al-amin. Selain itu, kos pembinaan surau ini juga ditanggung oleh pihak baitulmal, kerajaan wilayah dan serba sedikit sumbangan dari para penduduk. Surau ini hanya mampu menampung seramai 100-150 jemaah kerana kawasannya yang kecil. Surau ini dicadangkan untuk dibina bagi memudahkan para penduduk setapak indah yang sebelum ini terpaksa keluar dari kawasan perumahan untuk ke masjid atau surau yang lebih jauh demi menunaikan ibadah bersama para jemaah yang lain.




CARTA ORGANISASI

Penaung
Dato’ haji ahmad tauzan binti abdul ghani

Pengerusi
Mejar (B) haji ismail bin abd hadi

Timbalan pengerusi
Tuan haji MD supian bin haji sapar

Imam
1.       Tuan haji satar
2.       Tuan Haji Othman bin mamat
3.       Encik razali bin jantan

Bilal
1.      Tuan syed hamzah bin syed zainal
2.      Encik mat aris bin md nor
3.      Encik baharin bin mohamad

Setiausaha
Tuan haji mohd. Zaki bin yahya

Bendahari
Tuan haji Ibrahim bin ahmad

Ajk
Keselamatan
Kematian
Ekonomi
Penyelenggaraan

Ketua lorong
Mengutip yuran tahunan
Mencadangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan




KEMUDAHAN

Ruang solat
Ruang solat ini adalah untuk para jemaah menunaikan solat fardhu, solat sunat, ibadah qiamulail, bacaan yasin dan sebagainya. Dilengkapi dengan kipas disetiap penjuru dan juga disediakan tong air untuk para jemaah menghilangkan dahaga.

Keperluan solat
Sejadah dan telekung turut disediakan bagi memudahkan muslimin dan muslimat yang ingin menunaikan solat di surau tersebut lebih-lebih lagi bagi kaum muslimat yang tidak membawa telekung.

Dewan
Surau ini juga turut membina sebuah dewan kecil berdekatan dengan surau untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lain seperti kelas agama untuk warga emas, kelas tafsir, bacaan al-Quran dan sebagainya.

Tandas & tempat wuduk
Tempat wuduk disediakan untuk kaum wanita dan lelaki dengan berasingan. Tandas juga disediakan untuk kemudahan para jemaah.

Sudut bacaan
Sudut bacaan juga terdapat didalam surau ini yang menyediakan pelbagai bahan bacaan. Contohnya seperti al-Quran, yassin, buku-buku agama dan pelbagai artikel yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak.

Keperluan-keperluan lain
Surau al-amin turut menyediakan keperluan-keperluan lain seperti alat-alat kematian yang disumbangkan oleh persatuan penduduk islam, alatan khemah serta pinggan mangkuk untuk majlis kecil-kecilan dan sebagainya.




AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di surau al-amin iaitu aktiviti yang melibatkan ibadah fadhu ain dan fardhu kifayah. Ada juga aktiviti yang dijalankan bertujuan membantu umat islam yang merangkumi kanak-kanak, orang dewasa dan juga warga emas. Kegiatan-kegiatan ini adalah bertujuan mendekatkan lagi dan menggalakkan umat islam mendalami ilmu agama.

1.      Solat fardhu
2.      Ibadah-ibadah sunat
3.      Tazkirah dan ceramah setiap hari
4.      Bacaan al-Quran dan yassin setiap jumaat
5.      Kelas agama untuk warga emas
6.      Kelas tafsir dan bacaan al-Quran
7.      Kuliah untuk muslimat – setiap sabtu dan ahad
8.      Qiamulail
9.      Majlis buka puasa
10.  Kenduri tahlil
11.  Ibadah korban
12.  Program skor A untuk para remaja yang akan menduduki PMR & SPM
13.  Program sambutan majlis maulidur rasul




MASALAH

Terdapat beberapa masalah di surau al-amin seperti :
1.      Kecurian yang menyebabkan dua tabung surau dipecahkan.
2.      Kebersihan di sekeliling surau tidak terjaga disebabkan pasar malam (uptown) yang dijalankan berdekatan dengan surau yang menggalakkan untuk penduduk membuang sampah merata-rata.
3.      Kawasan tempat wuduk bagi muslimat terlalu terbuka dan ini menyukarkan jemaah wanita untuk mengambil wuduk.




CADANGAN

Tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah :
1.      Menggaji seorang penjaga keselamatan untuk menjaga keselamatan di kawasan surau bagi mengelakkan  terjadinya kecurian.
2.      Menggaji beberapa pekerja untuk membersihkan kawasan surau tersebut.
3.      Memperbaiki tempat wuduk bagi kaum muslimat agar menjadi tempat wuduk yang lebih tertutup.




 KOMEN

Pada pendapat saya, surau al-amin cukup memuaskan penduduk sekeliling. Saya kagum dengan kerjasama pihak pentadbiran dalam mengusahakan aktiviti-aktiviti surau ini bagi menggalakkan anak-anak kariah mendalami ilmu islam. Masalah-masalah yang dihadapi tentunya dapat diselesaikan dengan adanya pihak pentadbiran yang berkaliber seperti pihak pentadbiran kini.




PENUTUP

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di surau al-amin ini sangat menggalakkan para penduduk kariah untuk mendalami ilmu agama. Aktivit-aktivitinya juga memberi peluang kepada semua penduduk sama ada kanak-kanak, orang dewasa mahupun warga emas untuk mempelajari ilmu agama. Seperti yang kita semua tahu, ilmu agama itu sangat penting bagi membentuk umat islam yang sempurna bukan sahaja dari segi dunia, malah dari segi akhirat juga. Kita perlulah menitikberatkan ilmu agama sama beratnya dengan ilmu dunia.




 RUJUKAN

1.      Temuramah diantara saya dan pengerusi surau al-amin, Mejar (B) haji ismail bin abdul hadi
2.      internet

No comments:

Post a Comment